Distribusi simpleLinux (Malaysia)
Halaman Utama: http://www.simplelinux.tk
Muat turun simpleLinux EXT Release 2 (15 Mac 2010) BETA
Muat turun simple Linux Mini Alpha 1 (15 Februari 2010) Alpha SUB 90 MB
simpleLinux adalah sebuah distribusi berasaskan Slackware (dan Slax). Mendapat pengguna pertamanya pada 17 May 2007, hanya selepas beberapa bulan simpleLinux dilancarkan. simpleLinux lahir di negara tercinta, Malaysia di Ampang, Selangor. Mempunyai 17 orang developer pada hari ini.
simpleLinux sangat mudah untuk diguna (pengguna-pengguna kami menyatakannya). Nampak klasik dan mengimbau kenangan lalu - UNIX - pada seting lalai nya, tetapi anda boleh membuatnya nampak macam Ubuntu 10.04 dan Mint 8 Helena mneggunakan desktop tweaks oleh XFCE 4 window manager.
Terdapat dua edisi simpleLinux, iaitu EXT (extended) dan Mini.
Versi EXT didatangkan dengan pelbagai aplikasi yang mungkin sesuai untuk pengguna-pengguna. Sementara itu, edisi Mini bersaiz lebih kecil, mengandungi kernel (64 MB) dan sedikit aplikasi, menjadikannya 90 mb.
Edisi EXT (extended)
Dipasangkan pelbagai aplikasi untuk pengguna. Menggunakan XFCE window manager (versi 4). Projek ini dibantu oleh ramai orang diseluruh dunia.
Isi-isinya boleh dilihat di sini: Apa di dalam simpleLinux ?
Muat Turun simpleLinux EXT (latest: EXT 2 beta) sekarang
Edisi Mini
Hanya bersaiz 90 MB. Muat untuk dimasukkan ke kad bisnes or mini-Cds.Menggunakan Blackbox window manager. Untuk pengetahuan semua, versi Blackbox ini has telah dipasangkan oleh simpleLinux dan bersaiz sangat kecil serta laju.
Muat Turun Simplelinux Mini (Alpha 1) SUB 90 MB
Aplikasi
Membina aplikasi untuk simpleLinux sangat mudah. Apa yang anda perlu pastikan adalah keperluan (dependencies) telah tersedia bersama pakej aplikasi tersebut, kerana kami sudah memasukkan Python, QT, Java dll untuk pengguna menjalankan aplikasi sehari-hari.
Mari membina aplikasi untuk simpleLinux
Aplikasi sumber terbuka yang terdapat:
- KDE 3.5
- Mozilla Firefox
- Adobe Flash Player
- KGet
- QT
- XFCE wm
Mirror Utama
Selepas tercari-cari selama 3 tahun lamanya, simpleLinux berjaya menawan hati penggunanya, dan telah mendapat sumbangan hosting dan atas DOMAIN percuma.
Mirror tempatan
Terletak dit University Putra Malaysia (http://www.upm.edu.my)
Lihat fail-fail simpleLinux di http://mirror.upm.edu.my/simplelinux/
Mirror Global
Biasanya laju untuk pengguna di luar kawasan Malaysia.
Beberapa mirror di dunia:
- http://ftp.cc.uoc.gr/mirrors/linux/simpleLinux/ (Kawasan Europe)
- http://simplelinux.interhost.co.il/ (Kawasan Europe)
- http://mirror.averse.net/simpleLinux/ (Singapura)
- http://mirror.mirohost.net/simpleLinux (Russia)
- http://mirror.spanasia.net/pub/simpleLinux (CDN)
- http://www.osst.co.uk/Download/simpleLinux/?id=9 (Torrent - UK)
Jika anda sedang berada di kawasan Amerika Syarikat, gunakanhttp://ftp.cc.uoc.gr/mirrors/linux/simpleLinux/ kerana kelajuannya sangat memberangsangkan. (1 gbps)
Tembakan Skrin
Lihat bagaimana rupanya?


0 comments:
Post a Comment